UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

Rabu, 23 Februari 2011

UCAPAN SELAMAT BERTUGAS BUAT S/U PEMUDA BN SELANGOR YANG BARU!!!


UMNO Meru Online mengucapkan sekalung Tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tn Hj Roslee Abd Hamid kerana dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Selangor yang baru.  

UMNO DUN Meru menyokong penuh perlantikan ini dan ini adalah satu penghargaan kepada kami warga UMNO Bahagian Kapar.  

Terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, DS Najib Tun Razak, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Dato Ir. Zin Mohamed dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Sdr Ungku Salleh atas kepercayaan yang diberikan kepada Tn Haji Roslee.  

Selamat bertugas, dan pastikan Selangor kembali ke pangkuan BN pada PRU yang akan datang. 

1 ulasan:

Fakeh berkata...

Apa kata UMNO kawasan tuan/puan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari nota ceramah yang telah beliau wakafkan kepada semua netizen:-
http://www.docstoc.com/docs/72022611/Ketuanan-Melayu-Mengikut-Ulama-Nusantara

Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang yang terkenal. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.