UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

Selasa, 6 September 2011

Salam Kembali Dari UMNO Meru Online.


UMO kembali...

Maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini kerana terpaksa bertugas di luar negara.  Adat mencari rezeki... biarlah sampai dimana pun, asal halalan toyyiban.. 

Hampir 6 bulan tidak mengikuti sayembara politik tanahair.  Bermacam isu yang memanaskan suasana negara.  

UMNO Meru Online kembali, untuk bersama-sama bergandingan dengan seluruh pasukan blogger fisabilillah demi alif ba ta...

Khamis, 10 Mac 2011

SAMBUTAN 3 TAHUN PEMERINTAHAN KHALID IBRAHIM YG GILANG GEMILANG!!!


10 ribu orang membanjiri sambutan 3 tahun pemerintahan Pakatan????  Perghhh!! Ramai tu...

KLIK SINI.

KRISIS UMB & BLOGGER PRO KERAJAAN HARUS DISELESAIKAN SEGERA!


Perang cyber antara Unit Media Baru UMNO dan Blogger pro kerajaan nampaknya semakin serius.  Perkara ini sebenarnya hanya akan membuka peluang kepada pembangkang untuk menangguh di air keruh.  

UMNO Meru Online dengan ini memohon agar pihak2 tertentu tampil untuk menyelesaikan masalah ini secara tertutup.  Kita sedang mengumpul kekuatan yang semakin hari semakin bertambah, demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.  

Dengan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, ingin UMNO Meru Online mengingatkan bahawa KITA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BERPECAH BELAH! 

Salam Perjuangan!!!

HADIAH BUAT ORANG MUDA! TERIMA KASIH PM!


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Terima kasih PM!!!

Sabtu, 26 Februari 2011

BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN! TERIMA KASIH PM!


Datuk Seri Najib Tun Razak  telah melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

- Bernama

UMNO Meru Online
Terima kasih kepada YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia atas inisiatif untuk membantu rakyat yg kurang berkemampuan.  Ini adalah bukti rakyat didahulukan. 

PERGERAKAN PEMUDA UMNO JASIN SEMAKIN MANTAP!!!



JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

UMNO Meru Online:
Tahniah kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Jasin yang berjaya memantapkan lagi jentera UMNO.  Penambahan ahli ini menunjukkan bahawa golongan muda mahu bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan Negara!!!