UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

Sabtu, 26 Februari 2011

BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN! TERIMA KASIH PM!


Datuk Seri Najib Tun Razak  telah melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

- Bernama

UMNO Meru Online
Terima kasih kepada YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia atas inisiatif untuk membantu rakyat yg kurang berkemampuan.  Ini adalah bukti rakyat didahulukan. 

PERGERAKAN PEMUDA UMNO JASIN SEMAKIN MANTAP!!!



JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

UMNO Meru Online:
Tahniah kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Jasin yang berjaya memantapkan lagi jentera UMNO.  Penambahan ahli ini menunjukkan bahawa golongan muda mahu bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan Negara!!!


SELAMAT BERJUANG HARAPAN RAKYAT!!!



SELAMAT BERJUANG KEPADA KEDUA-DUA CALON BARISAN NASIONAL INI.  AYUH!!!  KITA BUKTIKAN BAHAWA BARISAN NASIONAL PILIHAN TEPAT UNTUK RAKYAT!!

KEPADA JENTERA BN, BERJUANG HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR!!!

Jumaat, 25 Februari 2011

LAPORAN SPRM TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bersama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) telah membuat satu laporan kepada pihak SPRM berhubung dengan salahguna wang kerajaan negeri Selangor untuk aktiviti parti PKR.  

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.

SSDE MALAM INI!! 3 LOKASI SERENTAK!!!


ROADSHOW SSDE

Tarikh:   25 Februari 2011 (Jumaat)
Masa:    9.00 malam

DUN LEMBAH JAYA
Dewan Org Ramai, Kg Dato Mufti Suib (Kg Tengah), Ampang, Selangor.

Penceramah:
YB Datuk Satim Diman (Adun Sri Serdang) 
Ungku Saleh Ungku Jamal (Ketua Pemuda UMNO Selangor), 
Ustaz Ahmad Najib (bekas YDP Pas kaw Gombak)
Ustaz Ruslan Kassim (bekas Ketua Penerangan PKR)


DUN KOTA ANGGERIK, SHAH ALAM
Perkarangan Dewan Tabika Kemas, Jalan Serdang 18/15C, Sek 18, Shah Alam.

Penceramah:
YB Senator Ezam Md Nor (Ahli Dewan Negara)
Sdri Umi Hafilda (Aktivist Masyarakat)
Sdra Abd Ghani Haron (Bekas EXCO AMK)
 
 
DUN DUSUN TUA
Batu 13, Kg Pak Chat, Hulu Langat

Penceramah:
Ustaz Mohd Noor Deris,
Ustaz Ridhuan Tee Abdullah,
Ustaz Zulkifli Mohamad.

JOM TURUN!

RAKYAT MERU MENOLAK DR RANI???



Semenjak GT menulis tentang perkara yang berlaku di DUN Meru, terdapat email2 pembaca yang memohon agar beberapa perkara didedahkan.  

Pembaca yang GT hormati, bukanlah niat GT untuk tidak menyiarkan berita tersebut, namun GT memerlukan bukti atau saksi.  Ini untuk menjaga kredibiliti blog ini.  Klu kena saman, siapa nak tanggung bro.. huhuhu...  Andai anda punya bukti dan saksi yang sanggup, GT bersedia membongkar isu2 yang anda utarakan.  

Terima kasih kepada seorang pembaca yang memberi maklumat terbaru mengenai DUN Meru.  Baru-baru ini, PAS Meru dibawah Dr. Rani telah membuat program Bersih di Dewan MPK Meru.  Program ini turut disertai oleh Majlis Perbandaran Klang, JKKK, wakil kilang2 di Meru dan juga ahli-ahli PAS dan PKR Meru.  Jumlah kehadiran cukup memeranjatkan... hanya sekitar 100 orang!!!  


Adakah ini satu petanda bahawa pengundi Selangor khususnya di Meru telah mula menyedari betapa PAS hanyalah keldai tunggangan PKR dan DAP?  Ingin GT nyatakan disini bahawa PAS telah memenangi DUN Meru dengan majoriti 5 ribu lebih.  Apa sudah jadi dengan PAS Meru?  Kemana hilangnya sokongan rakyat Meru?  Program ini dibuat pada hari Minggu, mustahil ramai yang bekerja. 

Perkembangan ini nyata merimaskan kepimpinan PAS Meru.  Ini berikutan beberapa siri ceramah mereka di DUN Meru tidak mendapat sambutan.  GT masih ingat ceramah di dewan orang ramai kg bukit kapar dimana founder of sheikh al anwar al juburi, Mat Sabu hadir berceramah.  Jumlah yang hadir sekitar 100.  Diikuti dengan ceramah di Kg Bukit Kerayong juga hanya cecah bilangan yang sama. 

Bro Gerakan Anti PKR dalam 3 siri artikelnya telah menyentuh isu signal penolakan rakyat terhadap PAS Selangor.  GT bersetuju dengan artikel itu berdasarkan sambutan masyarakat setempat terhadap ceramah PAS.   

PAS semakin ditolak oleh orang Melayu.  Gagahnya PAS bersuara sewaktu belum memegang kuasa hanya temberang semata-mata.  Hari ini, sebelum ayam berkokok pun rakyat tahu bahawa PAS akan bangkit di pagi hari untuk terus dikeldaikan oleh DAP.   PAS semakin tenat setelah mencampakkan konsep Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini ke lubang jamban!!!  

Orang Melayu hari ini tergelak apabila Nicky Arjis memberitahu bahawa PAS berjaya mentarbiah DAPigs.  Hakikatnya di Selangor semakin banyak rumah urut, pusat hiburan.  Khalid Gereja pula sibuk mengunjungi kilang Carlsberg dgn cadangan2 memperluaskan perniagaan itu.  Hassan Ali hilang "jantannya" dgn berdiam diri sedangkan beliaulah yang beria-ia ingin menutup kilang Carlsberg itu sebelum ayam berkokok.  

PAS rupanya hanya pandai berkata-kata.  Apabila diberi kuasa, PAS terus gila!!!
 
 
UMNO Meru Online:
Kalau mengikut cerita dari penduduk, kegagalan PAS menunaikan janji2 menegakkan Islam telah membuat rakyat hilang kepercayaan kepada PAS.  Malah, DAP dilihat lebih dominan dan berkuasa, sehinggakan PAS terpaksa tunduk kepada arahannya. 

UMNO Meru perlu bekerja kuat untuk menawan DUN Meru.

Khamis, 24 Februari 2011

VIDEO PANAS: PENDEDAHAN UMMI HAFILDA!!!


Video pendedahan yang menggemparkan oleh Ummi Hafilda Ali.  Untuk tontonan anda...


SEPETANG BERSAMA KELAB SAGA MERU ANJURAN PEMUDA UMNO MERU



Ketibaan KP UMNO Bhgn Kapar, Tn. Hj Roslee Abd Hamid


Ucapan dari Timb. Penyelaras DUN Meru, Tn. Hj Sukaiman



Program Sepetang Bersama Pemuda UMNO DUN Meru dan Kelab Saga Meru telah diadakan pada hari Ahad yang lalu.   Program ini bertujuan untuk menyerahkan bantuan kewangan kepada Kelab Saga Meru yang akan berlumba di litar Pasir Gudang.  Komitmen ini menunjukkan bahawa UMNO Meru menyokong aktiviti permotoran yang digemari oleh anak muda zaman sekarang.  

UMO tidak menyangka bahawa bloger Gerakan Timur juga berada di program ini.  UMO adalah pembaca harian blog Gerakan Timur atau dipanggil GT.  Terima kasih kerana sudi hadir walaupun lokasi Meru agak jauh dari rumah GT.  Terima kasih bro...

Untuk ulasan program ini, UMO serahkan kepada bloger Gerakan Timur, KLIK SINI.

SELAMAT BERJUANG JENTERA BN MERLIMAU!!!



Nama: Roslan Ahmad
Tempat Lahir: Merlimau Pasir
Umur: 44 Tahun
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Zalifah Hj. Omar
Anak: 4 Orang ( 3 lelaki, 1 perempuan)
Kerjaya: Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.
Pendidikan
i. Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
iii. Sekolah Menengah Teknik Melaka
iv. Maktab Adabi Muar
v. Diploma Pentadbiran dan Perniagaan di Institiut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur / Swansea Institute Higher Education (S.I.H.E) UK.
Pengalaman Politik
i. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Merlimau (1998-2008)
ii. Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau (2008-2011)
iii. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jasin (1998-2001)
iv. AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin merangkap AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Negeri Melaka (2001-2004)
v. AJK UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan Bahagian Jasin (2008-2011) – MediaUMNO
 
UMNO Meru Online:
UMO ucapkan selamat berjaya kepada jentera BN untuk PRK Merlimau.  UMO percaya bahawa calon BN ini mampu memberi sumbangan terbaik untuk rakyat Merlimau. 

Rabu, 23 Februari 2011

CALON BN PRK KERDAU CUKUP BERWIBAWA UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT!!!


Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh


UMNO Meru Online:
Berlatarbelakangkan pengetahuan Agama, calon BN ini pasti memberi kelebihan.  Selain itu, UMO difahamkan bahawa beliau seorang yang bersahaja dan mudah didekati rakyat.  Dipanggil dengan gelaran mesranya "ustaz", Syed Ibrahim adalah pilihan yang tepat untuk Kerdau.

Selamat berjuang rakan2 di Kerdau, UMO mendoakan kejayaan BN di Kerdau!

UCAPAN SELAMAT BERTUGAS BUAT S/U PEMUDA BN SELANGOR YANG BARU!!!


UMNO Meru Online mengucapkan sekalung Tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Tn Hj Roslee Abd Hamid kerana dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Selangor yang baru.  

UMNO DUN Meru menyokong penuh perlantikan ini dan ini adalah satu penghargaan kepada kami warga UMNO Bahagian Kapar.  

Terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, DS Najib Tun Razak, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Dato Ir. Zin Mohamed dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Sdr Ungku Salleh atas kepercayaan yang diberikan kepada Tn Haji Roslee.  

Selamat bertugas, dan pastikan Selangor kembali ke pangkuan BN pada PRU yang akan datang. 

Sabtu, 19 Februari 2011

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KAPAR






Gambar2 sekitar Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Cukur Jambul anjuran Pergerakan Puteri UMNO Kapar di DUN Meru.

Terima kasih kepada Tn. Haji Sukaiman, Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru yg sudi membenarkan rumah beliau untuk dijadikan tempat berlangsungnya majlis.

LAPORAN POLIS TERHADAP HINDRAF OLEH PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR


Semalam, satu laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, yang diketuai oleh KP UMNO Bahagian Kapar, Tuan Haji Rosli dan Timbalannya, Ustaz Azizi Ishak. 

Turut hadir ialah AJK Pemuda Bahagian Kapar dan Pengerusi GAPS, Sdr Hamidzun.

Laporan dibuat berhubung dengan satu perhimpunan Hindraf yang dijadualkan pada malam ini, di Taman Sentosa Kapar.  

Tahniah Umno Meru Online ucapkan kepada kepimpinan Pemuda Kapar yang bertindak pantas.
  
Harap PDRM dapat mengambil langkah yang sewajarnya berikutan pertubuhan haram ini pastinya tidak mempunyai sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan.  

Terima kasih PDRM!

TIMBALAN PENYELARAS DUN MERU DILANTIK SEMULA SEBAGAI BENDAHARI UMNO BAHAGIAN KAPAR


Sekalung tahniah dari Umno Meru Online kepada Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru, Tuan Hj Sukaiman Bin Ahmad kerana dilantik kembali menjadi Bendahari UMNO Bahagian Kapar. 

Satu penghargaan kepada warga Meru.  

Rabu, 16 Februari 2011

PROGRAM SANTAI DI PDM BUKIT KAPAR SELATAN



Program Santai bersama pengundi di PDM Bukit Kapar Selatan pada 12 Februari 2011.  Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli.  

Selain itu, ini juga medan terbaik untuk saling bertukar pendapat mengenai politik dan juga perkembangan semasa.

MESYUARAT UMNO DUN MERU BERSAMA S/U BAHAGIAN YANG BARU







Mesyuarat DUN Meru yang turut dihadiri oleh Setiusaha UMNO Bahagian Kapar yang baru. 

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN PBR & MANGSA BANJIR DI MERU



Program Penyerahan Kunci PBR dan sumbangan mangsa banjir 2010 di Taman Bardai, Meru pada 12 Februari 2010.  

Puan Norliza Ahmad telah sudi hadir untuk menyerahkan bantuan.  Turut hadir ialah Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru, Hj Sukaiman. 

Selasa, 15 Februari 2011

KEBANGKITAN RAKYAT SELANGOR DI GOMBAK!!!


SSDE terus mengganas malam semalam.  Khalid Ibrahim semakin sesak nafas.  Gerakan kebangkitan rakyat Selangor di Gombak. 

KLIK SINI

UMMI HAFILDA MEMBUATKAN RAKYAT TERGAMAM!!!


Ummi Hafilda telah muncul kembali.  Di Johan Setia, beliau berjanji untuk mendedahkan salahlaku Anwar dan Azmin.

KLIK SINI

CERITA SSDE PAYA JARAS - PANAS!!!






Cerita SSDE Paya Jaras malam semalam yang panas!!!

KLIK SINI

Selasa, 8 Februari 2011

FOTO2 CERAMAH "SIAPA DERHAKA?" DI SHAH ALAM!


Foto2 di Ceramah Isu Semasa "SIAPA DERHAKA?" di Shah Alam.  UMO difahamkan ceramah anjuran Biro Penerangan UMNO Shah Alam ini panas dengan isu-isu terkini tentang kehaprakan kerajaan DAP pimpinan Khalid Ibrahim.
KLIK SINI

ANDAI SHUHAIMI DIDAPATI TIDAK BERSALAH???


Si Penderhaka Shuhaimi Sri Muda telah hadir ke Mahkamah Seksyen Shah Alam semalam bagi proses pendakwaan kerana menyerbarkan artikel menghasut dalam blognya.  

Shuhaimi diiringi dengan lebih kurang 20 orang pengikutnya termasuk Nurul Izzah, Azmin Ali dan Yaakop Sapari.  Shuhaimi mengaku tidak bersalah dan diikat jamin sebanyak RM8000.00.  Sebutan kes akan diadakan pada 28 Mac ini.

UMNO Meru berharap agar hukuman seberat-beratnya untuk sesiapa sahaja yang melakukan sebarang usaha untuk menghasut, atau menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor.  UMNO Meru berkeyakinan tinggi andai Shuhaimi terlepas dari hukuman, maka akan lahirlah ramai penderhaka-penderhaka spt Shuhaimi ini.  

Jangan diberi ruang walau sebesar zarah kepada golongan2 anti Kesultanan Melayu!!!

Daulat Tuanku!!!

Isnin, 7 Februari 2011

SELAMAT BERTUGAS S/U UMNO BHGN KAPAR YANG BARU!!!


Rasanya belum terlambat bagi UMNO Meru Online mengucapkan tahniah kepada Sdr Mustafa Ismail, pejuang UMNO yang telah dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar bagi menggantikan Sdr Hamidzun yg meletakkan jawatan.

Pastinya tugas yang mencabar ini akan dijayakan sepenuh jiwa dan raga oleh beliau.  Satu penghargaan kepada warga UMNO Meru dari UMNO Bahagian Kapar.  


Sdr Hamidzun akan lebih fokus di UMNO Selangor, selain sebagai "mastermind" untuk program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). 

Misi menawan kembali Selangor bertuah ini bukanlah mudah, namun ia bukanlah mustahil. 

Selangor Bangkit!!!

PKR: PARTI KIAN REBAH - ANWAR MAKIN GELISAH!


Pengerusi PKR Sabah telah mengumumkan keluar parti.  Lebih manis, Pajudin Nordin telah mengumumkan untuk menyertai UMNO.  Beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999. 

Ini adalah bukti bahawa UMNO sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.  Persetan kepada suara-suara sumbing dari puak PKR yang mengatakan bahawa beliau dibayar untuk menyertai UMNO.  Rakyat harus bijak menilai persepsi mainan PKR bahawa andai ahli BN menyertai mereka, maka dia adalah hero, sedangkan andai ahli PR keluar dari parti, mereka menyalahkan BN.  

Itu baru keluar parti dan menjadi BEBAS, bukan menyertai UMNO.  Andai mereka menyertai UMNO seperti Sdr Pajudin ini??  Maka tertebarlah fitnah-fitnah jahat ke seluruh alam... 

Anwar semakin ditolak oleh ahli PKR sendiri.  Yang lain, bila nak bertaubat?

PKR semakin karam...

Ahad, 6 Februari 2011

GELOMBANG MERAH DI KELANTAN BERMULA!


KOTA BHARU 5 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini melancarkan program Gelombang Merah Tranformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat untuk menarik kira-kira 400,000 pengundi muda di negeri ini. 

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian dan Naibnya, Rosmadi Ismail bersama lebih 1,000 ahli pergerakan tersebut di Dewan Besar UMNO Negeri di sini. 

Kemuncak program berkenaan ialah karnival Transfomrasi 1Kelantan yang akan diadakan selama dua hari pada April ini.

Sementara itu, Mustapha pada sidang akhbar berkata, sayap UMNO itu perlu berada di barisan hadapan dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit bagi menyedarkan rakyat bahawa mereka telah ditipu oleh Pas sejak 20 tahun lalu. 

"Pemuda perlu ada di hadapan, sedarkan rakyat berikan penjelasan mengenai banyak isu seperti Bazar Tok Guru dan bekalan air yang sejak sekian lama tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri. 

"Hari ini, perubahan sudah kelihatan, ia jelas pada dua pilihan raya kecil di Manek Urai dan Galas, golongan muda yang dahulu menyokong pembangkang pada 2008 telah mula menunjukkan perubahan dan menyokong kita," katanya.

Mustapa berkata, Gelombang Merah merupakan satu program gerak kerja yang amat penting bagi UMNO Kelantan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO Terengganu pada tahun 2004 untuk merampas balik negeri itu daripada Pas. 

Katanya, UMNO Kelantan yakin dapat merampas semula negeri ini daripada Pas biarpun ada persepsi bahawa parti itu tidak berpeluang langsung untuk menang pada pilihan raya umum akan datang. 

"Persepsi itu bahawa kita tidak berpeluang untuk rampas semula negeri ini tidak benar, pelbagai isu yang menunjukkan masalah yang berlaku dalam Kerajaan Pas Kelantan timbul dan rakyat mulai sedar. 

"Sebagai contoh, 412 peniaga kecil mula meluahkan rasa tidak puas hati begitu juga saya bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh telah bertemu dengan Pesatuan Pengusaha Kereta Sewa Kota Bharu yang rata-ratanya ahli Pas, mereka juga meluahkan rasa kecewa," katanya. 

Tambahnya, Pergerakan Pemuda UMNO perlu berpegang kepada tiga perkara utama sekiranya mereka mahu memastikan gerakan itu berjaya.

"Pertama, pemuda perlu berada di hadapan dalam isu berbangkit, dedahkan kepada umum. Kedua, perkhidmatan, sebagai contoh berikan peluang pekerjaan dan ini dilakukan baru-baru ini dan ketiga, program, seperti yang saya lihat banyak bahagian menganjurkan acara sukan untuk menarik golongan muda. 

"Saya sendiri akan memantau supaya program ini berjaya dapat mewujudkan gelombang besar untuk membawa perubahan kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Sumber:  Utusan Malaysia

UMNO Meru Online:
UMNO Selangor juga bergerak di bawah program Selamatkan Selangor Darul Ehsan.  Walaubagaimanapun, masih ada ruang yang besar harus diambil berat oleh UMNO Selangor.  Tenaga dari semua sayap parti harus digemblengkan secara bersepadu bagi menghadapi PRU yang akan datang.  

Tugas berat dipikul oleh Dato' Satim Diman, selaku ketua pembangkang yang baru menggantikan DS Khir Toyo.  Beban tidak harus dipikul oleh Dato' Satim semata-mata, ia harus dipikul oleh semua ahli UMNO dari semua lapisan.

Selangor bangkit!!!

CERAMAH "SIAPA DERHAKA?" DI SHAH ALAM, MALAM INI!!!


Biro Penerangan UMNO Shah Alam akan mengadakan ceramah bertajuk "Siapa Derhaka?" pada butir-butir seperti berikut:

Tarikh:     6/2/2011 (Ahad) 
Masa:      8.30 Malam
Tempat:   Tabika KEMAS Seksyen 16, Shah Alam.

Penceramah:  Dato' Satim Diman, Dato' Nawawi Md Zin dan Sdr Halim. 
Semua dijemput hadir.

SELAMAT DARI BANJIR!!!


Maaf kerana beberapa hari ini tidak menulis.  Untuk makluman, KP UMNO Bahagian Kapar dan Timbalannya telah selamat keluar dari kawasan Labis pada hari yang sama, iaitu sebelum banjir mengganas.


Syukur Alhamdullillah.  Selamat.