UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

Isnin, 7 Februari 2011

PKR: PARTI KIAN REBAH - ANWAR MAKIN GELISAH!


Pengerusi PKR Sabah telah mengumumkan keluar parti.  Lebih manis, Pajudin Nordin telah mengumumkan untuk menyertai UMNO.  Beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999. 

Ini adalah bukti bahawa UMNO sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.  Persetan kepada suara-suara sumbing dari puak PKR yang mengatakan bahawa beliau dibayar untuk menyertai UMNO.  Rakyat harus bijak menilai persepsi mainan PKR bahawa andai ahli BN menyertai mereka, maka dia adalah hero, sedangkan andai ahli PR keluar dari parti, mereka menyalahkan BN.  

Itu baru keluar parti dan menjadi BEBAS, bukan menyertai UMNO.  Andai mereka menyertai UMNO seperti Sdr Pajudin ini??  Maka tertebarlah fitnah-fitnah jahat ke seluruh alam... 

Anwar semakin ditolak oleh ahli PKR sendiri.  Yang lain, bila nak bertaubat?

PKR semakin karam...

Tiada ulasan: