UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT
Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mac 2011

HADIAH BUAT ORANG MUDA! TERIMA KASIH PM!


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Terima kasih PM!!!

Sabtu, 26 Februari 2011

BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN! TERIMA KASIH PM!


Datuk Seri Najib Tun Razak  telah melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

- Bernama

UMNO Meru Online
Terima kasih kepada YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia atas inisiatif untuk membantu rakyat yg kurang berkemampuan.  Ini adalah bukti rakyat didahulukan.