BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT
Khamis, 10 Mac 2011
KRISIS UMB & BLOGGER PRO KERAJAAN HARUS DISELESAIKAN SEGERA!
Perang cyber antara Unit Media Baru UMNO dan Blogger pro kerajaan nampaknya semakin serius. Perkara ini sebenarnya hanya akan membuka peluang kepada pembangkang untuk menangguh di air keruh.
UMNO Meru Online dengan ini memohon agar pihak2 tertentu tampil untuk menyelesaikan masalah ini secara tertutup. Kita sedang mengumpul kekuatan yang semakin hari semakin bertambah, demi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Dengan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, ingin UMNO Meru Online mengingatkan bahawa KITA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BERPECAH BELAH!
Salam Perjuangan!!!
HADIAH BUAT ORANG MUDA! TERIMA KASIH PM!
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.
Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.
Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.
Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.
Terima kasih PM!!!
Langgan:
Catatan (Atom)