UMNO ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG BERJUANG MENDUKUNG CITA-CITA KEBANGSAAN MELAYU DEMI MENGEKALKAN MARUAH DAN MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

Sabtu, 26 Februari 2011

BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN! TERIMA KASIH PM!


Datuk Seri Najib Tun Razak  telah melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

- Bernama

UMNO Meru Online
Terima kasih kepada YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia atas inisiatif untuk membantu rakyat yg kurang berkemampuan.  Ini adalah bukti rakyat didahulukan. 

PERGERAKAN PEMUDA UMNO JASIN SEMAKIN MANTAP!!!



JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

UMNO Meru Online:
Tahniah kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Jasin yang berjaya memantapkan lagi jentera UMNO.  Penambahan ahli ini menunjukkan bahawa golongan muda mahu bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan Negara!!!


SELAMAT BERJUANG HARAPAN RAKYAT!!!



SELAMAT BERJUANG KEPADA KEDUA-DUA CALON BARISAN NASIONAL INI.  AYUH!!!  KITA BUKTIKAN BAHAWA BARISAN NASIONAL PILIHAN TEPAT UNTUK RAKYAT!!

KEPADA JENTERA BN, BERJUANG HINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR!!!

Jumaat, 25 Februari 2011

LAPORAN SPRM TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bersama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) telah membuat satu laporan kepada pihak SPRM berhubung dengan salahguna wang kerajaan negeri Selangor untuk aktiviti parti PKR.  

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.

SSDE MALAM INI!! 3 LOKASI SERENTAK!!!


ROADSHOW SSDE

Tarikh:   25 Februari 2011 (Jumaat)
Masa:    9.00 malam

DUN LEMBAH JAYA
Dewan Org Ramai, Kg Dato Mufti Suib (Kg Tengah), Ampang, Selangor.

Penceramah:
YB Datuk Satim Diman (Adun Sri Serdang) 
Ungku Saleh Ungku Jamal (Ketua Pemuda UMNO Selangor), 
Ustaz Ahmad Najib (bekas YDP Pas kaw Gombak)
Ustaz Ruslan Kassim (bekas Ketua Penerangan PKR)


DUN KOTA ANGGERIK, SHAH ALAM
Perkarangan Dewan Tabika Kemas, Jalan Serdang 18/15C, Sek 18, Shah Alam.

Penceramah:
YB Senator Ezam Md Nor (Ahli Dewan Negara)
Sdri Umi Hafilda (Aktivist Masyarakat)
Sdra Abd Ghani Haron (Bekas EXCO AMK)
 
 
DUN DUSUN TUA
Batu 13, Kg Pak Chat, Hulu Langat

Penceramah:
Ustaz Mohd Noor Deris,
Ustaz Ridhuan Tee Abdullah,
Ustaz Zulkifli Mohamad.

JOM TURUN!

RAKYAT MERU MENOLAK DR RANI???



Semenjak GT menulis tentang perkara yang berlaku di DUN Meru, terdapat email2 pembaca yang memohon agar beberapa perkara didedahkan.  

Pembaca yang GT hormati, bukanlah niat GT untuk tidak menyiarkan berita tersebut, namun GT memerlukan bukti atau saksi.  Ini untuk menjaga kredibiliti blog ini.  Klu kena saman, siapa nak tanggung bro.. huhuhu...  Andai anda punya bukti dan saksi yang sanggup, GT bersedia membongkar isu2 yang anda utarakan.  

Terima kasih kepada seorang pembaca yang memberi maklumat terbaru mengenai DUN Meru.  Baru-baru ini, PAS Meru dibawah Dr. Rani telah membuat program Bersih di Dewan MPK Meru.  Program ini turut disertai oleh Majlis Perbandaran Klang, JKKK, wakil kilang2 di Meru dan juga ahli-ahli PAS dan PKR Meru.  Jumlah kehadiran cukup memeranjatkan... hanya sekitar 100 orang!!!  


Adakah ini satu petanda bahawa pengundi Selangor khususnya di Meru telah mula menyedari betapa PAS hanyalah keldai tunggangan PKR dan DAP?  Ingin GT nyatakan disini bahawa PAS telah memenangi DUN Meru dengan majoriti 5 ribu lebih.  Apa sudah jadi dengan PAS Meru?  Kemana hilangnya sokongan rakyat Meru?  Program ini dibuat pada hari Minggu, mustahil ramai yang bekerja. 

Perkembangan ini nyata merimaskan kepimpinan PAS Meru.  Ini berikutan beberapa siri ceramah mereka di DUN Meru tidak mendapat sambutan.  GT masih ingat ceramah di dewan orang ramai kg bukit kapar dimana founder of sheikh al anwar al juburi, Mat Sabu hadir berceramah.  Jumlah yang hadir sekitar 100.  Diikuti dengan ceramah di Kg Bukit Kerayong juga hanya cecah bilangan yang sama. 

Bro Gerakan Anti PKR dalam 3 siri artikelnya telah menyentuh isu signal penolakan rakyat terhadap PAS Selangor.  GT bersetuju dengan artikel itu berdasarkan sambutan masyarakat setempat terhadap ceramah PAS.   

PAS semakin ditolak oleh orang Melayu.  Gagahnya PAS bersuara sewaktu belum memegang kuasa hanya temberang semata-mata.  Hari ini, sebelum ayam berkokok pun rakyat tahu bahawa PAS akan bangkit di pagi hari untuk terus dikeldaikan oleh DAP.   PAS semakin tenat setelah mencampakkan konsep Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini ke lubang jamban!!!  

Orang Melayu hari ini tergelak apabila Nicky Arjis memberitahu bahawa PAS berjaya mentarbiah DAPigs.  Hakikatnya di Selangor semakin banyak rumah urut, pusat hiburan.  Khalid Gereja pula sibuk mengunjungi kilang Carlsberg dgn cadangan2 memperluaskan perniagaan itu.  Hassan Ali hilang "jantannya" dgn berdiam diri sedangkan beliaulah yang beria-ia ingin menutup kilang Carlsberg itu sebelum ayam berkokok.  

PAS rupanya hanya pandai berkata-kata.  Apabila diberi kuasa, PAS terus gila!!!
 
 
UMNO Meru Online:
Kalau mengikut cerita dari penduduk, kegagalan PAS menunaikan janji2 menegakkan Islam telah membuat rakyat hilang kepercayaan kepada PAS.  Malah, DAP dilihat lebih dominan dan berkuasa, sehinggakan PAS terpaksa tunduk kepada arahannya. 

UMNO Meru perlu bekerja kuat untuk menawan DUN Meru.

Khamis, 24 Februari 2011

VIDEO PANAS: PENDEDAHAN UMMI HAFILDA!!!


Video pendedahan yang menggemparkan oleh Ummi Hafilda Ali.  Untuk tontonan anda...